seruan kepada insan dan mayat

Thursday, November 4, 2010

Untuk peringatan .

Seruan Bumi Kepada Manusia.

1. Hai anak Adam!...ketahuilah kamu sekarang berlari ke sana ke mari di belakangku, tetapi kamu akan kaku bila kembali di dalam perutku!

2. Hai anak Adam, ketahuilah, kamu sekarang sewenang2nya membuat derhaka kepada Tuhanmu di atas belakangku, tetapi kamu akan diseksa bila berada dalam perutku.

3. Hai anak Adam, kamu sekarang bersukaria di atas belakangku, tapi akan menangis bila berada dalam perutku.

4. Hai anak Adam..ketahuilah kamu sekarang makan minum yang haram di belakangku, tetapi kamu akan di makan ulat dan cacing bila berada dalam perutku..

5. Hai anak Adam..ketahuilah kamu sekarang mengumpul harta yang haram dibelakangku, tetapi kamu akan hancur luluh bila berada dalam perutku..

6. Hai anak Adam..ketahuilah kamu sekarang bangga dengan pangkat darjat, tetapi kamu akan hina dina bila berada dalam perutku..

Seruan Kubur Kepada Manusia

1. Hai anak Adam!..Akulah rumah tanpa teman, maka carilah teman dengan membaca AlQuran.

2. Hai anak Adam!..akulah rumah gelap gelita, maka carilah penerang dengan solat malam.

3. Hai anak Adam!..Akulah rumah tanpa hamparan, maka carilah tikar dengan amalan soleh.

4. Hai anak Adam..Akulah rumah tempat haiwan berbisa, maka carilah ubat dengan Basmalah dan air mata taubat..

5. Hai anak Adam!..Akulah rumah tempat kamu di soal Munkar Nankir, maka sedialah jawapan dengan memperbanyakkan menyebut kalimah Thoyyibah "Tiada Tuhan ynag layak di sembah melainkan ALLAH, nabi Muhammada itu persuruh ALLAH.

Seruan Ketika Mayat Dimasukan ke Liang Kubur.

Ketika mayat diletakkan di liang kubur, maka dia akan dipanggil dengan 3 seruan dari arah langit dengan jeritan yang teramat kuat, katanya..

1.Hai anak Adam!..Hai Mayat..kamu di atas punggungku (di atas bumi) bergurau senda, tetapi kamu dalam perutku akan menangis?

2.Hai anak Adam!Hai Mayat!..kamu di atas punggungku bergembira, tetapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan berduka..

3.Hai anak Adam!Hai mayat..kamu di atas punggungku dapat berbicara, tetapi kamu dalam perutku menjadi bisu seribu bahasa.

Wallahua`alam.

#sumber dari buku "Tip Petua Jangan Takut Mayat"

siapa syaitan dan pengikut syaitan

Wednesday, November 3, 2010

.Bagaimana cara kita mentadbir masyarakat.....


إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا (١٠٥
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahiNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." [An-Nisaa’: 105].

Dan perundangan yang diguna pakai....

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ (٤٤)
".....dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." [Al-Maidah: 44]


Perintah perlaksanaan hukum.



وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩) أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ (٥٠
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menuruti kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan engkau dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq." [Al-Maidah: 49]




Itu sudah cukup sebagai bukti nasnya... Justeru apabila mengenepikan pengajaran dari Al-Qur'an pula, maka siapakah mereka?



(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. [Surah Al-Zukhruf : 36.]



(وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ (٣٧
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [Surah Al-Zukhruf : 37.]

Jelas dan tepat, bila manusia tidak mahu mengambil petunjuk dari Allah, dia telah menurut ajakan syaitan. Syaitan mengajak supaya bersamanya nanti masuk neraka Allah. Na'uzubillah , mintalah perlindungan dengan Allah dari berteman, berkawan dan berwali kan syaitan.