Mesra Remaja (5hb Jun 2010)

Saturday, June 5, 2010

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, satu program khas untuk remaja di Taman Permint Makmur telah berjaya diadakan julung3 kalinya di Surau Ar-Rasyidin pada hari Sabtu, 5hb Jun 2010.

Ketika kami sampai dalam perkarangan surau, sudah ada beberapa orang kanak-kanak berumur sekitar 9-11 tahun sedang menunggu. Alhamdulillah, mereka bukan typical orang melayu yang janji jam 8.30am, sampai jam 9am.

Program dimulakan 15 minit awal daripada waktu yang ditetapkan kerana sudah ramai yang datang. Setelah majlis dibuka dengan ummul quran al-Fatihah, majlis diserahkan kepada ustazah yang bertanggungjawab untuk menguruskan majlis tersebut.

Ta'aruf dimulakan...

"Tahu tak ta'aruf tu apa?" Tanya ustazah sebelum memulakan sesi Ta'aruf.

Semua menggelengkan kepala. Mereka semuanya datang dari sekolah kebangsaan yang tidak biasa dengan bahasa arab. Lalu ustazah menerangkan:

"Ta'aruf tu maknanya berkenalan. Ta'aruf tu dalam bahasa arab."
Bilangan ahli usrah yang asalnya 18 meningkat kepada 19 kemudian 20 dan akhirnya 22. Terima kasih kepada ibu bapa yang menggalakkan anak3 mereka untuk menghadiri usrah yang bermatlamat untuk melahirkan generasi Muslimah Solehah.

Sebelum ustazah berucap, majlis memberi peluang kepada Ketua Muslimat Taman Permint Makmur untuk menyampaikan sedikit nasihat dan peringatan. Untuk lebih mesra sesama ahli usrah, panggilan Umi digunakan. Ustazah dipanggil Kak.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan dan bersalaman diantara ahli usrah, ustazah3 yang hadir dan ibu bapa yang turut serta membantu.

InsyaAllah, program Mesra Remaja akan diadakan setiap hari Sabtu di tempat yang berbeza. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan membantu kami dalam mencapai matlamat kami yang murni ini, amin!

0 comments: