Wanita Dalam Peristiwa Mikraj

Sunday, June 20, 2010

KEADAAN WANITA DI DALAM NERAKA YANG DILIHAT RASULULLAH S.A.W PADA MALAM MIKRAJ BAGINDA.

Sabda Rasulullah s.a.w:

1. Wanita yang tergantung dengan rambutnya kerana sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki lain selain muhramnya memandangnya.

2. Wanita yang tergantung lidahnya dan air panas dituangkan ke dalam lehernya itu sesungguhnya ia menyakiti hati suaminya.

3. Wanita yang tergantung dua susunya itu kerana sesungguhnya ia memberi susunya tanpa izin suaminya.

4. Wanita yang tergantung dua kakinya di dalam kerongkong api neraka, kerana sesungguhnya ia keluar daripada rumah tanpa izin suaminya.

5. Wanita yang tergantung dan memakan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakn dari pihak bawahnya maka sesungguhnya ia menghiasi tubuhnya kerana orang lain dan tidak menghias kerana suaminya.


KEAZABAN WANITA DI DALAM NERAKA YANG DILIHAT OLEH RASULULLAH S.A.W PADA MALAM MIKRAJ BAGINDA.


6. Wanita yang tergantung dengan dua kakinya yang tertambat kepada kedua susunya dan bertambat kepada ubun-ubunnya dan terus dijadikan kepadanya bebrapa ekor ular dna kala jengking yang memakan dagingnya dan meminum darahnya bahawa sesungguhnya ia ketika di dunia tidak mahu bersuci badannya dan tidak mahu mandi daripada junub dan haid, atau nifas dan meringan-ringankan solat.

7. Wanita yang tergantugn hal keadaanya buta dan tuli dan kelu yang ada ia di dalam kerongkongnya daripada api neraka maka sesungguhnya dia melakukan zina sehingga ia melahirkan anak zina.

8. Wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti badan himar, sesungguhnya ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat berdusta.

9. Wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya, maka sesungguhnya ia sangat membangkit akan manusia lagi banyak dengki berdengki.


SIFAT-SIFAT PAKAIAN WANITA ISLAM MENGIKUT AL-QURAN, HADIS DAN AJARAN ULAMA DAN HUKAMA’ ISLAM


1. Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran yang bermaksud:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmy dan isteri-isteri orang mukmin:’Hendaklah mereka perlabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’ Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenal kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-Ahzab:59)


2. Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran yang bermaksud:

Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan dan janganlah mereka menampakkan perhiasan, kecuali yang biasa kelihatan. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukul kaki-kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (An-Nur:31)


PANDUAN PAKAIAN WANITA ISLAM


1. Pakaian itu mestilah menutup bahagian aurat yang telah ditetapkan.

2. Pakaian tidak ketat dan tidak sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai. Menutup bahagian yang menarik pandangan lelaki dan menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

3. Pakaian tidak nipis hingga terbayang bentuk tubuh badan atau anggota badan kita dipandang dari luar.

4. Pakaian itu tidak sekali-kali disemarakkan atau disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu kerana bau-bauan itu ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Wanita yang memakai bau-bauan yang wangi ketika keluar rumah, sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Nabi s.a.w sebagai jinayah (pelacur atau penzina).

5. Warna pakaian itu suram atau kelam atau hitam atau kelabu sehingga tidak bernafsu lelaki melihatnya (ini terutamanya pakaian luar seperti jilbab abaya atau sejenis baju yang menutup seluruh tubuh).

6. Pakaian tidak menyerupai wanita-wanita golongan kafir atau musyrik.

7. Pakaian tidak menyerupai pakaian lelaki.

8. Pakaian itu tidaklah liba’ syurah, iaitu bermegah-megah untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga.

0 comments: