Assalamua'alaikum semua, moga anda diberkati Allah.
Hampir setahun umur Muslimat Permint Makmur ditubuhkan. Tidak terasakah apa yang berubah bila umur meningkat? Baik pentadbirannya, peningkatan keahliannya dan kematangan ahli ahlinya disudut keilmuan dan kemasyarakat ?
Pihak pengurusan dan pentadbiran berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan aktiviti aktiviti yang melibatkan semua ahlinya. Ceramah, kuliah dan usrah mingguan diadakan di qaryah ini. Peluang untuk menambahkan ilmu islam terbuka luas. Program kebajikan juga dilaksanakan bagi merapatkan jurang antara sikaya dan simiskin, antara pimpinan dan ahli ahli masyarakat.
Di sini , anda dapat mengikuti kuliah bersiri iaitu tafsir al quran dan pengajarannya, hukum hakam Allah SWT ke atas manusia, pengajian hadith dan Aqidah Islam setiap minggu. Selain itu usrah gabongan dan bacaan yasin dan penghayatannya sering diadakan disekitar rumah rumah ahli. Program ini menambah mesra silaturrahim antara muslimah, sisamping dapat menambah ilmu pengetahuan.
Walaupun banyak aktiviti aktiviti dalaman, usaha untuk menambahkan ahli tidak diabaikan. Tidak ada hitam putih tetapi hati dan perasaan mereka dapat merasai keluarbiasaan bila bersama jamaah. Mereka menaruh harapan dan kepercayaan tinggi kepada jamaah Islam. Kengerian kepada Islam, jamaah muslimat dan 'usrah' dapat dikurangkan.
Kami mengharap anda yang perihatin kepada masa depan Islam , marilah sama sama kita merungkai kesilapfahaman masyarakat terhadap amalan Islam, memperbetulkan kebengkokan yang berlaku dan menggembeling tenaga mendidik umat supaya menjadi umat yang cemerlang.
Masa untuk berubah
Sunday, July 18, 2010
Posted by
Nurul Ashikin
at
5:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment