sibuk sehari

Friday, September 24, 2010

Parti islam cawangan Permint Makmur (pTPM) menganjurkan majlis terbuka hari raya pada 15 syawal , sabtu lalu. Ingin aku kongsikan sama dengan rakan taulan pengalaman mengurus mengatur dan menjayakan majlis tersebut.

Menyuarat pembahagian tugasan aku tidak hadir.
aku utuskan timbalan dan Ajk saja. Mereka terima amanah dan melaporkan tugasan dengan baik. Mesyuarat itu penting. Kerja jamuan ini besar dan melibatkan ramai tetamu. Jika aku ingat sambutan raya tahun lepas, aku akan rasa cemas sebagaimana akak (kk che yah) rasa cemas dulu. Tahun lepas, tempat jamuan, pendirian khemah dan penyusunan kerusi meja dibuat ketika tetamu sudah datang. Makanan belum terhidang . Pengarahan dibuat bukan oleh ku, bukan ketua dan bukan s/u tetapi oleh akak yang baru berdaftar sebagai ahli parti. Dia cemas melihat keadaan yang tidak sistematik dan lewat masa sebagaimana iklan. Akak bertindak segera dan tidak terasa kekok untuk mengarah para pemuda dan muslimin yang ada. Susun sana,,,,,,susun sini. Ini tempat sampah, ini tempat air, ini tempat...... sibuknya dia mengarah.

Seusai jamuan, bila kami membuat penilaian , akak tanya aku, "che nor tak cemas ke" ? "Kerusi tak susun lagi, khemah roboh 2 kali , makanan tak tersusun lagi walhal hari dah pukul 3.00 petang", katanya berbaur tidak puas hati.

"Kalau macamni pengurusan, jangan buat jamuan tahun depan. serik dan malu pada parti lawan" ujarnya memberi amaran dan nasihat. Aku mengiyakan dan terasa sedikit tercabar. Majlis ini bukan anjuran muslimat dan bukan pemuda tetapi gabungan ketiga sayap parti.Kegagalan majlis , semua akan mendapat malu. Mahu tak mahu aku kena terima kelemahan pengurusan yang ada di kalangan kami.

Berbekalkan pengalaman lama ,aku diperingatkan lagi oleh akak. jangan ulang kesilapan tahun lepas. Aku bertindak sebagai penggerak supaya persediaan awal siap. Baik khemahnya, kerusi nya tersusun dan bersih, bekas makanan tersedia dan semuanya tersusun rapi. Pukul 9 pagi khemah sampai, oder dua dapat satu. Terpaksalah meja muslimin muslimat berada di bawah saru khemah. Ini kurang sempurna dan akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan. Patut dielakkan.

Kerusi di susun . Pada mulanya ada pemuda yang menyusun, tapi tidak habis, muslimat yang menyempurnakan susunannya dan memastikan ia bersih untuk diduduki. Meja makanan di bersihkan dan bekas makanan di atur..Bekas yang ditempah asal dari surau, oleh kerana ramai yang hendak menggunakannya, yang tinggal cuma bekas plastik..... tak standart lah.
akak tak puas hati ....aku hubungi Sabariah (Yah), dia ada bekas yang cantik....kira pinjam je. Alhamdulillah masalah bekas makanan selesai. Sekarang bekas masih kosong....

Tidak lama kami menunggu, satu persatu tempahan diiterima. Mee goreng siap diterima. Ketupat daun palas, buah duku dan langsat. Laksa 50 kg dan tapai pulut daun getah. Tapai ini keluaran muslimat Taman Pusu Tiga. Petugas yang bersama aku di khemah, akak, Ramlah ,Sabariah dan Aisyah bertungkus lumus mengisi dan mengatur makanan. Air sirap dan air bertapis disediakan ,, Satu lagi yang tidak siap....kuah laksa.

Hari sudah menjangkau waktu jumaat. Muslimin menunaikan solat jumaat. Muslimat lain balik untuk menjenguk rumahtangga mereka. Tinggal aku dan anak ke 4 aku saja. ...Bagaimana kuah tidak ada lagi ni. Orang balik jumaat nanti terus nak berjamu.....aku hubungi Tg Fatimah , suruh hantar kuah......nak hantar dengan apa ? .....aku bergegas untuk mengambil kuah. Cermat sehabis cermat supaya kuah tidak tumpah, tumpah juga...

Tidak sampai lima minit, kuah dituang ke dalam bekas, berderu kereta motor singgah di tepi jalan raya, yang muda muda saja ....geng muda orang kita.. menyerbu untuk bersantai dan menjamu selera. Muslimin dari masjid sekitar singgah untuk menjamu laksa. Sibuknya waktu itu dan mereka dilayani oleh ketua dan ajk muslimin.

Makanan di tambah pada bekas bekas yang kosong. Ada yang makan berdiri...tak cukup kerusi.
Kami berbisik di dalam bilik , rasanya laksa tak cukup. Beli laksa kering dan suruh petugas rebus. Lama juga kami putus bekalan laksa dan tetamu makan apa yang ada. Sejam kemudian laksa sampai dan orang sudah semakin berkurang. Kalau ada yang singgah cuma ingin bertemu mata saja dan mengucapkan selamat tanpa menjamah makanan.

Pukul 5 lebih, kami besedia untuk menutup rumah terbuka kami. Lebihan makan dibungkus, bekas bekas makanan dibersihkan . Geng pemuda yang megambil tugas membasuh segala bekas bekasan. Tidak habis di situ, makanan yang lebih tadi perlu dihantar kepada petugas petugas yang sudah pulang. Aku dan Sah pergi ke Pusu 3 dan Desa bakti .. menghabiskan baki jualan......
laku punya.

Hampir 7 malam aku sampai ke rumah.....

Alhamdulillah, Allah pemudahkan urusan aku.

0 comments: