adab dan sunnah aidul fitri

Saturday, September 4, 2010

ADAB DAN SUNAT HARI RAYA

Dalam menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berperang melawan hawa nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Aidul Fitri. Di sini dituliskan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.

1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya

Antara lain dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar (riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahwa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahwa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama' menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyempurna dalam berhias.
2. Memakai sebaik-baik pakaian

Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.

3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya

a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan. (riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami' )

4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu 'Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim) Setengan ulama' mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.

5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di tempat solat hari raya. ( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami' )

6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya

Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami' )

7. Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin

Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu. ( Al-Albani telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )

Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amalan sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya adalah hari kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.


Sunnah Rasulullah S.A.W di dalam berhari raya.

Idul Fithri sering disebut sebagai hari kemenangan. Menang dalam memerangi berbagai godaan selama puasa sebulan. Rasulullah saw. mengajarkan hal-hal berikut dalam ber-Idul Fithri :

1· Disunnahkan mandi dan mengenakan pakaian yang terbaik dari yang dimiliki. Khusus laki-laki disunnahkan memakai wangi-wangian. Sedangkan bagi wanita, memakai wangi-wangian/berhias di luar rumah diharamkan, kerana akan menimbulkan fitnah. Hasan Ash-Shibit berkata :

"Rasulullah memerintahkan kami agar pada hari 'idain( Idul Fithri dan Idul Adha) mengenakan pakaian yang terbagus, memakai wangi-wangian yang terbaik, dan berkurban (pada Idul Adha) dengan haiwan yang paling berharga."(diriwayatkan oleh Al-Hakim)

2· Ibnul Qayyim mengatakan, pada kedua hari raya itu, Rasulullah biasa mengenakan pakaian yang terbaik. Bahkan beliau menyediakan satu pakaian khusus untuk hari raya dan shalat Jum'at.

3· Disunahkan makan dahulu sebelum berangkat ke tempat shalat. Berkata Anas bin Malik,"Sesungguhnya Rasulullah tidak berangkat (ke tempat shalat) pada hari Idul Fithri sebelum memakan beberapa butir kurma dengan jumlah yang ganjil."(HR Ahmad dan Bukhari).

4. Disunnahkan seluruh kaum muslimin beserta keluarganya untuk hadir di tempat shalat. Khusus bagi wanita yang sedang haid tidak ikut mengerjakan shalat, jadi hanya datang saja. Ummu 'Athiyyah menjelaskan, "Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita yang haid pada kedua hari raya agar mereka dapat menyaksikan kebaikan hari itu dan mendapatkan do'a dari kaum muslimin. Hanya saja wanita-wanita yang haid meninggalkan tempat solat (di saat orang lain solat)." muttafaq 'alaih

5· Menempuh jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang (jika boleh).
"Adalah Nabi saw. pada hari raya menempuh jalan yang berlainan (pergi dan balik) (HR. Bukhari)

6· Ketika bertemu sesama muslim dianjurkan untuk saling mendo'akan. Do'a yang sering diucapkan oleh para shahabat radhiyallahu'anhum adalah : taqabballahu minna wa minkum (semoga Allah menerima (ibadah) dari kami dan dari Anda).

Selain adab-adab khusus di atas, kita juga harus memperhatikan adab-adab yang telah berlaku secara umum :

a. Tidak berlaku boros dan membazir. Ingatlah di tempat lain masih banyak saudara-saudara kita yang kesulitan mencari sesuap nasi. Allah menegaskan bahwa orang-orang yang berlaku boros adalah saudara syaitan.(QS Al-Israa': 26-27)

b. Tidak berlaku israf (berlebih-lebihan)
bersabda Rasulullah ,"Makan, minum, berpakaian, dan bersedekahlah kamu dengan tidak berlebihan dan tidak sombong."

c. Tidak ikhtilat (campur baur dengan bukan mahram). Suasana hari raya sangat kondusif/terdorong untuk berlakunya "ikhtilat". Namun demikian seseorang muslimah harus dapat menjaga diri. Sebab yang dilarang Allah bukan hanya zina, tetapi termasuk mendekatinya. Bahwa kaum muslimah diwajibkan berjilbab bukanlah bertujuan untuk bercampur dengan laki-laki yang bukan mahram. Rasulullah saw memperingatkan kaum lelaki dengan sabdanya,"Hindarilah olehmu untuk bercampur dengan kaum wanita." Seorang laki-laki bertanya,"Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu tentang alhamwu (kerabat isteri/suami) ?" Berkata Rasulullah, "Alham-wu adalah kematian!" (muttafaq 'alaih)

Termasuk dilarang adalah bersalaman dengan yang bukan mahramnya.Sering terjadi, karena alasan bermaaf-maafan, seorang laki-laki menyalami (berjabat tangan) dengan wanita yang bukan mahram. Berkata Rasulullah saw. : "Sesungguhnya saya tidak pernah bersalaman dengan wanita." MINDA

Kami, Ahli Jawatankuasa Muslimat (PAS) Permint Makmur mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli . Semoga kita semua senantiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah. Tambahkan lagi amal ibadah dan berlumba-lumbalah dalam mengejar pahala dan maghfirah Allah. Semoga kita berjaya mendapat keampunanNya.

0 comments: