Saya bangga menjadi Melayu Islam

Friday, December 31, 2010

Artikel Oleh: Nasrudin

"

Saya ditakdirkan oleh Pencipta Jalla wa A’ala [Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Bertakhta] sebagai seorang yang berbangsa melayu dan dilahirkan pula di Tanah Melayu bumi bertuah. Justeru itu , saya sangat kasih dan cinta kepada bangsa saya malah saya berbangga dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah swt.

Sementelah Allah swt sendiri selaku pencipta manusia menegaskan betapa Dia sengaja mencipta ummat manusia berbilang – bilang bangsa dan bahasa , maka tiada apa yang perlu dikesali kecuali mereka yang kufur kepada ketentuan Allah swt. dan pula tidak tahu mensyukuri nikmatNya.



Andai saya ditakdirkan berbangsa Cina maka saya mesti bangga dan kasih kepada bangsa saya demikian juga kiranya saya ditakdirkan berbangsa India , maka saya juga semestinya kasih dan bangga berbangsa India kerana ia adalah ciptaan Allah swt. Apatah lagi sejarah dunia memnunjukkan bahawa bangsa Cina dan India lebih awal menerima Islam berbanding Melayu]

Firman Allah swt.

Wahai manusia , sesungguhnya kami telah mencipta kamu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan berpuak – puak supaya kami saling mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah swt ialah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal .

Al Hujurat : Ayat 13

Firman Allah swt :

Sebahagian tanda – tanda keagungan Allah swt ialah penciptaan langit dan bumi dan berbeza bahasa lidah dan warna kulit kamu . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar – benar terdapat tanda – tanda [ keagungan Allah ] bagi orang – orang yang mengetahui .

Ar Ruum : Ayat 22

Nabi Muhammad saw juga pernah melahirkan rasa bangga dan bertuahnya dipilih dari kalangan bangsa Arab . Sabda rasulullah saw :

إن الله اصطفى كِنانةَ مِن ولدِ اسماعيلَ و اصطفى قُريشَ مِن كنانةَ و اصطفى مِن قريشٍ بني هاشيمِ و اصطفانِى مِن بني هاشيمِ

Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dikalangan keturunan Ismail . Dia memilih Quraisy dari kalangan Kinanah , Dia memilih Bani Hashim dari kalangan Quraisy dan Dia memilihku dari kalangan Bani Hashim .

Riwayat Imam Muslim .

Baginda Rasul saw juga pernah bersabda :

أنا أعْرَبُكُمْ . أنا قُرَشِىٌّ و استَرْضَعْتُ في بنى سَعْدِ بن بكرٍ

Akulah yang paling Arab dari kalangan kamu . Aku seorang Quraisy dan aku menyusu dikalangan bani Saad bin Bakr ,

Sirah Ibnu Hisyam .

Berasaskan dua nas dari al Quran dan dua nas dari hadis nabi saw di atas , saya tidak pernah rasa bersalah apalagi untuk rasa kerdil dengan bangsa dan bahasa saya . Malah saya bangun mempertahankan bangsa dan bahasa saya, lantaran itu saya turun mendada biarpun berdepan fru dan water canon mereka mempertahankan bahasa lidah saya iaitu bahasa melayu dengan membantah PPSMI bersama dengan rakan – rakan Dewan pemuda PAS serta seluruh pejuang – pejuang bahasa dan warga prihatin.

Saya percaya semua ummat manusia di atas muka bumi Allah ini sayang dan kasih kepada bangsa dan bahasa mereka . Malah mereka sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan maruah bangsa mereka dari dijajah dan diperhambakan justeru bangsa dan bahasa merupakan indentiti dan nilai harga diri.

Islam menyempurnakan nikmat bangsa.

Lebih sempurna apabila saya dikurniakan hidayah [ petunjuk ] untuk menerima dan menganut agama yang diwahyukan oleh Allah swt. Kerana tiadalah erti dan nilai pada bangsa bertuah ini andai tidak berada di atas petunjuk Allah swt [ Islam ] , agar betul dan benar perjalanan hidup di dunia ini serta kelak di akhirat bebas dari kemurkaan dan azab api nerakaNya.

Sungguhpun bangsa adalah ciptaan Allah swt yang wajib kita redha dan syukuri , namun Allah swt. juga menegaskan dalam nas yang sama [ al Hujurat : Ayat 13 ] bahawa mereka yang paling mulia dari kalangan bangsa yang dicipta ialah mereka yang bertaqwa kepada Alllah swt. Iaitu mereka yang tunduk , patuh dan taat kepada ajaran dan perintah Allah swt.

Ertinya bangsa tanpa ketundukan dan ketaatan kepada Allah swt tidak menjadikan manusia itu mulia dan diredhai oleh Allah swt. Tanpa kemuliaan dan redha Allah swt pula , maka bangsa tidak bernilai dan bererti lagi . Rasulullah saw juga pernah menegaskan :

Tiada kelebihan [ kemuliaan ] bangsa arab berbanding bukan arab kecuali dengan Taqwa .

Bangsa tanpa kepatuhan dan ketaatan kepada Allah swt mendorong mereka menjadi zalim dan terjebak pula dalam mungkar [ maksiat ] dan fasad [ kerosakan ] . Sesuatu bangsa tidak akan mengenal syurga neraka dan dosa pahala tanpa mereka menerima agama yang diwahyukan oleh Allah swt . Fenomena ini mudah memerangkap bangsa tersebut untuk terus terpenjara dalam amalan jahiliyah. Bangsa seperti ini akan membangunkan tamadun mereka berasaskan runtunan nafsu dan pengaruh material yang akhirnya akan kembali membinasakan mereka ekoran tipudaya fatamorgana material dan nafsu yang tidak pernah puas sebagaimana yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam surah al Hadiid.

Firman Allah swt :

20. Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan , juga untuk bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar, selepas itu Engkau melihatnya menjadi kuning; akhirnya ia hancur bersepai, dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya.

21. Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

Al Hadiid : Ayat 20 – 21

Islam selamat bangsa selamat

Memperjuang dan mempertahankan bangsa tanpa agama yang sepatutnya membawa bangsa itu taat dan patuh kepada seluruh ajaran dan perintah Allah swt , adalah suatu tindakan yang menyeleweng dan terhindar dari redha Allah swt. Sementara merendahkan bangsa dan membiarkan orang lain mempersenda bangsa kita , bukanlah juga ajaran agama malah bertentangan dengan tujuan kenapa Allah mencipta manusia dengan bangsa – bangsa yang tertentu sedang ia adalah untuk disyukuri.

Memperjuangkan bangsa mestilah dengan asas dan nilai agama agar ia tidak menzalimi bangsa lain . Tidaklah salah mempertahan dan memperjuangkan bangsa sendiri namun dalam masa yang sama hak bangsa lain jangan sekali – kali diabaikan . Berlaku adillah dengan memberikan hak mereka sebagaimana yang diajar oleh Islam dan janganlah pula menolong sesama bangsa di atas nama bangsa sekalipun bangsa sendiri berlaku zalim kerana ia adalah ditegah oleh Islam.

Sabda Rasulullah saw dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abi Dawud rhm:

ليس منا من دعا إلى عصبية و ليس منا من قاتل على عصبية و ليس منا من مات على عصبية

Bukan dikalangan kami sesiapa yang menyeru kea rah asabiyyah dan bukan dari kalangan kami sesiapa yang berjuang di atas dasar asabiyyah dan bukan dari kalangan kami sesiapa yang mati di atas dasar asabiyyah .

Lalu sahabat bertanya , apakah Asabiyyah Ya Rasulallah ? Rasulullah saw menjawab :

أن تعين قومك على الظلم

Engkau menolong kaum bangsamu di atas dasar kezaliman .

Riwayat Abi Dawud

Perjuang dan pertahankanlah Islam demi melihat bangsa kita selamat. Islam berdaulat maka bangsa hebat sebaliknya Islam diabaikan maka bangsa binasa.

Hari ini nilai harga nusa dan bangsa melayu di tanahair ini tercalar teruk ekoran Islam tidak dijadikan manhaj atau cara dan gaya kehidupan mereka. Mereka terjebak dalam kancah jenayah , maksiat dan mungkar. Mereka terperangkap dengan rasuah yang parah serta penyalahgunaan kuasa yang ketara. Minda mereka terpengaruh teruk dengan tamadun barat yang bertuhankan kuasa dan benda. Mereka memporak perandakan kaum bangsa sendiri kerana memburu kuasa politik dan empayar ekonomi segelintir elit mereka.

Rakyat marhain tersepit dengan segala kesengsaraan dan penderitaan dek kerakusan sang politikus melayu yang membolot kekayaan Negara untuk kepentingan kroni mereka. Mereka menggadai tanahair sejengkal demi sejengkal , mereka memerah keringat rakyat setitis demi setitis , mereka membina empayar kemegahan kuasa mereka setingkat demi setingkat. Segalanya berpunca dari kedegilan mereka yang enggan melaksanakan syariat Islam . Semuanya bermula dari keangkuhan mereka yang enggan tunduk kepada perintah Allah swt. Akhirnya menara kuasa yang cuba mereka bina , kini sedang runtuh satu persatu menimpa mereka dan seluruh rakyat yang tidak berdosa.

Ketuanan Melayu hanyalah Retorika klasik

Negara tidak aman dan rakyat dalam keresahan dan ketakutan. Indeks jenayah kian meningkat. Jenayah bermaharajalela , bermula dari sarang gangster di wilayah mafia sampailah ke dalam penjara dibawah penguasaan polis , dari banjingan biasa yang bergelandangan di lorong belakang mati sampailah ke puncak menara kuasa , jenayah bukan sahaja tidak tamat tetapi semakin membarah biarpun Negara telah lebih 50 tahun merdeka.

Bangsa melayu tidak pernah menjadi tuan semenjak itu melainkan hanya dilamun impian dalam pembohongan pemimpin yang sebangsa dengan mereka pula berselindung disebalik retorika Ketuanan Melayu. Realitinya mereka bukan sahaja tidak menjadi tuan tetapi terus diperhamba tanpa sedar dibumi sendiri.

Ketuanan Melayu jenis apa yang diperjuangkan oleh mereka jika lebih 20 tahun kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh pemimpin berbangsa melayu dan rakyatnya pula majority berbangsa melayu terus dibelasah tanpa simpati. 118 projek utama yang mampu merangsang ekonomi negeri dan bangsa melayu di Kelantan disekat sejak RMK ke 6 lagi. Royalti minyak turut dinafikan setelah mereka juga merampasnya dari kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2000 semata – mata pada waktu itu , kerajaan negeri Terengganu dikuasai oleh PAS biarpun rata – rata pemimpin PAS dan rakyat Terengganu adalah berbangsa melayu serta mendapat mandat memerintah secara demokrasi.

Saya tegaskan sekali lagi , situasi ini tercetus sebagai satu musibah dari sebuah penolakan terhadap syariat Islam. Sedang Islam adalah sebuah cara hidup yang adil untuk semua tanpa mengira kaum dan bangsa. Kelemahan bangsa melayu hari ini bukan kerana mereka beragama Islam tetapi kerana mereka tidak melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar. Mereka mengaku Islam tetapi enggan melaksanakan Islam secara menyeluruh dalam segenap system dan dasar kehidupan.

Kreatif syaitan

Sunday, December 26, 2010


"Ciptaan Allah meliputi langit dan bumi. Yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Yang ghaib dan yang nyata. Kalau kita hanya percaya kepada sesuatu dengan sebab ia dapat dilihat dapat dipegang atau dapat dirasa, kita silap kerana ada makhluk yang tidak dapat dilihat, ada makhluk yang tidak dapat dipegang dan ada makhluk yang tidak dapat didengar suaranya." jelas kawan baikku.

"Siapakah dia ?" aku ingin tahu.

Allah menceritakan di dalam al qur'an, suatu makhluk yang 'ghaib' yang amat cemburu dengan 'abul basyar' nabi Adam a.s dan bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan anak keturunan Adam a.s. Namanya Iblis atau syaitan yang disebut sebagai 'musuh yang nyata' bagi kamu (manusia). Bagaimana kita hendak mengenalinya ? Apa kerja syaitan ? Dia duduk di mana ? Mengapa dia memperdaya dan terus terusan memperdayakan manusia?

Al quran telah menjawab soalan itu dan hadith Rasulullah s.a.w juga menjawab persoalan itu , tinggal lagi kita kena berwaspada dan mempertahankan diri dari dicerobohi oleh pengaruh syaitan.

Oleh kerana kita tidak melihat jasadnya yang seni (ghaib) , kita boleh mengenali perangai atau tabiat syaitan. Perangai ini tercerna dan teramal oleh manusia yang menjadi tempat tinggal syaitan (sarang syaitan)

Tabiat syaitan:

1. Pemarah
2. Kedekut
3. Tamak haloba
4. Pendengki
5. Penurut hawa nafsu
6. Pemalas (suka berangan angan)
7. Penentang kebenaran
8. Pembazir (boros)
9. Penyeru kejahatan

Banyak lagi perangai yang terpamir pada kehidupan anak Adam. Syariat Allah diturunkan untuk memandu manusia ke jalan taat dan tunduk kepada Allah semata mata. Pelanggaran syariat mengakibat manusia itu tergolong dalam kumpulan manusia yang durhaka dengan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita melalui hadith:

"Pada diri anak Adam itu ada dua gerakrasa; yang satu gerakrasa dari syaitan dan satu lagi dari malaikat.Adapun dari syaitan itu ialah perasaan menakut nakutkan dengan kejahatan yang akan menimpa dan menyuruh mendustai kebenaran. Adapun gerakrasa dari malaikat itu ialah yang menjanjikan kebaikan dan menyuruh membenarkan kebenaran. Maka barangsiapa yang mendapati pada dirinya ada gerakrasa seperti itu maka hendaklah ia ketahui bahawa gerakrasa itu dari Allah dan kalau yang pertama tadi dirasai maka hendaklah ia memohon perlindungan Allah s.w.t dari syaitan".

"Apa yang patut saya lakukan untuk menghalang kehadiran syaitan atau di kuasai oleh syaitan"? rasa perang dengan syaitan sudah bermula. Tidak kenal maka tidak cinta, tidak tahu maka tidak malu dan tidak teliti maka tidak benci.

Langkah penghindaran syaitan:

1. Membaca doa pelindungan:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam (dikutuk).

2. Membaca Al Quran.

3. Memperbanyakkan zikir dan menyebut nama nama Allah yang Mulia

4. Memulakan pekerjaan dengan "Bismillah" dan mengakhirkan dengan 'Alhamdulillah".

5. Mengerjakan ibadah yang disyariatkan dengan sempurna.

6. Menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu kepada manusia.

"Tetapi ada banyak kekeliruanlah', ujarku . "Kita lihat perilaku ahli masyarakat, hendak kata taat kepada syariat, berbuat maksiat. Hendak kata bermaksiat, masih ada rupa ketaatan". pinta penjelasan.

"Itulah tipudaya syaitan, dia banyak kreativiti", jawabnya selamba.

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih(wajib) menuju daerah hitam(haram)… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah perang-perangan(subhah), yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa manusia agar mengenepikan perintah Allah.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Peragawati bertudung dengan langkah menggegar dan mencengkam dengan mendabik dada, solekan galak (tabarruj) sambil beraksi yang mengundang pesona dan dosa. Lebih lebih lagi kita dapat lihat tarian gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah muncul 'rockers' wanita bertudung?

Apa tujuan Allah menurunkan perintah menutup aurat ?

Tudung wanita itu ada empat…

" Tudung pada wajah(muka), tudung pada mata(penglihatan), tudung pada suara, tudung pada hati.
” Apa ertinya?

Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi."

"Tudung pada mata
… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang."

" Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersonakan".

" Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…


“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin jauh dari 'perintah Allah ' yang asal.

"Bagi saya, kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.” jelas kawanku .

“Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran."

"Bertudung dan menutup aurat kan perintah wajib, menyembunyikan perhiasan itu wajib, menjaga tingkahlaku islam itu wajib, kebaikan itu kembali kepada kita juga. Kalau membantah atau tidak beramal dengan suruhan Allah, dosa yang tidak nampak tu tercatat dan keselamatan kurang terjamin. Akan ada kesan sampingan dari perlanggaran hukum Allah itu",jelas kawan ku lagi.

"Bagaimana pereka fesyen ditipu oleh syaitan' ?

"Mula mula tu cipta yang menurut syara', tidak tipis, tidak ketat dan lengkap kemas. Lama lama, syaitan menunjukkan fesyen terbaru, mereka masih lagi menanggap selari dengan hukum, bila masuk di dalam pasaran dan sijahil terikut ikut tanpa ilmu. Orang pakai tudung , dia pakai tudung. Orang pakai sempurna, dia pakai sekerat tudung , sekerat kain."

"Mengapa jadi ramai beramal dengan ajaran syaitan tu" ?

"Tidak menuntut ilmu dan tidak ada orang mengajarnya tentang hukum, kemudian dia tidak ditegur oleh sesiapa yang berilmu. Makin lama makin menjadi", kawanku melepaskan rasa tidak puas hati dan geram.

"Bukan dalam masalah pakaian saja kawan, amalan lain pun syaitan selalu putar belit kalau kita tidak benar benar berilmu." tegas kawan yang tadi.

"Contohnya makan dan minum, tidur dan bekerja, membujang atau berkahwin", sambungnya lagi.

Perintah asal Allah, "makan dan minumlah, dan jangan berlebih lebihan'. Jangan memboros dan jangan kedekut. Sederhanalah antara kedua sifat itu.

"Bekerjalah jangan menganggur, bila letih berehatlah. Badan juga ada hak untuk berehat"

"Berkahwinlah kalau mampu, kalau tidak berpuasalah", Allah Maha Adil. Allah Maha Kasih .Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui."

Pendekata, syaitan tidak duduk diam, sentiasa mencari jalan untuk menggelincirkan manusia dari jalan lurus.

"Aku berlindung denganMu Ya Allah dari kehadiran syaitan dan terkena tipudayanya". amin.

Jalan masih jauh

Saturday, December 25, 2010







Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yang dilalui oleh setiap manusia iaitu :


1. Alam Roh

- Alam , dimana setiap manusia berjanji menyembah Allah , mentaati segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.



2. Alam Rahim

- Bila terbentuk janin , selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)


3. Alam Dunia

- Manusia hidup di dalam satu alam yang amat singkat tetapi amat penting untuk alam yang seterusnya.

- Hidup sehingga 65 tahun-75 tahun


4. Alam Kubur

- Alam Kubur adalah bersamaan 40 tahun. Setahun bersamaan 1000 tahun dunia.

- Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw bersabda :"

Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka"


5. Alam Mahsyar

- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300 tahun. Setahun bersamaan 50,000 tahun dunia.

- Alam Mahsyar bermula apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali semua makhluk.

- Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah / Madinah). Sunat bagi kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah . Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.

- Rasullullah s.a.w yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku"

Manusia terbahagi kepada tiga golongan :


1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.

2. Abraar ; iaitu orang-orang yang baik-baik mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua)

3. Fujjaar ; iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu;


1. Muqarrabiin.
2. Golongan Kanan.
3. Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar

- Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan mereka yang beriman. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi, Sahabat dan mereka yang beriman). ia itu:

1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
3. Lelaki yang bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yang taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yang diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dengan kata "Aku takut pada Allah"
6. Lelaki yang senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka bermaksud atau bersama perempuan)

Manusia bangkit dari kuburan di Mahsyar dalam keadaan terpinga pinga dan menyesal. Berbagai bentuk dan rupa . Ada yang buta mata, pekak telinganya, tidak sempurna anggotanya, yang memalukan bila disaksikan oleh semua penghuni Mahsyar. Kemudian manusia diiring oleh Malaikat ke tapak Mahsyar untuk menerima suratan amal.

Setelah 40 tahun (di Mahsyar) iaitu setahun bersamaan 50,000 tahun didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".. maka yang mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa ( memakan buah larangan di syurga.). Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat:


- Soal Jawab
- Membaca catatan amalan
- Hisab

Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.

"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam."

Surah Maryam Ayat 68.

Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman) . 999 manusia akan jatuh ke bawah dari sirat dan akan tiba di dasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya di atas sirat).


*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat, namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amat kurang , untuk menghadapi Alam seterusnya.


Wallahuwa'lam.



tanda tanda qiamat

Friday, December 24, 2010

Tanda-tanda Kiamat

LoeschFrage.PNG

Sebahagian siri Islam
Allah-eser-green.png
Rukun Iman

Hari Akhirat

Tanda-Tanda Kiamat
Hari Kiamat (القيامة)
Alam Barzakh (برزخ)
Dabbat al-Ard (دابة الأرض‎)
Dajal (الدّجّال‎)
Imam Mahdi (المهدي‎)
Nabi Isa a.s. (عيسى‎)
Yakjuj & Makjuj (يأجوج و مأجوج‎) ·
Tiupan Sangkakala
Padang Mahsyar (محشر‎)
Siratal Mustaqim(الصراط المستقيم‎)
Syurga Firdaus (فردوس‎)
Neraka Jahannam (جهنم‎)

Portal Islam
p b s

Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar

  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah(sudan-etophia-eriteria.)laut merah kering.
  • 3 kali gempa bumi,(bom nuklear)sekali di timur(Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog)memakan mayat mayat perang.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

Tanda-tanda kecil

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

  • Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]
  • Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
  • Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
  • Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.


  • Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.


  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (hukum Islam)- (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

nikmat syurga

Thursday, December 23, 2010


NIKMAT SYURGA

Abu Hurairah r.a. berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga! Jawabnya yang bermaksud:

Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: imam (pemimpin hakim) yang adil. Dan orang puasa ketika berbuka. Dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya.

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus). Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu: Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.

Ibn Abbas r.a. berkata: Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku.

Mujahid berkata: Bumi syuga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.

Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.

Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini? Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan). Nabi s.a.w. bertanya: Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada' dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka.

Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta redaMu, Kami minta redaMu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka

dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.

Abul-Laits berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihatNya. Dan erti nasihat kepadaNya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan: Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.

Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.

Dalam riwayat lain: Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: Seorang ahli kitab datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan munum? Jawab Nabi s.a.w.: Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, seorang ahli syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum dan jima' (bersetubuh). Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran? Jawab Nabi s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat) yang berbau harum bagaikan kasturi.

Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.

Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.

Ibn Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum dan yang kedua Ud khuluha bisalamin aminin yang ketiga: Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun. Dan yang keempat: Rufi'at ankumul ahzanu wal humum. Kelima: Albasakum alhuli wal hulal. Keenam: Zawwa jakum ul hurul iin. Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun. Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassdidiqin. Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun. Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran. Ertinya:-

1. Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.

2. Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.

3. Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

4. Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.

5. Kami memberimu pakaian dan perhiasan.

6. Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.

7. Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.

8. Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.

9. Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.

10. Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.

Abul-Laits berkata: Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima macam:-

1.Menahan dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu dari maksiat maka syurga tempatnya.

2.Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.

3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah yang bermaksud: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

4.Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud: Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.

5.Memperbanyak doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah. Sebagaimana ahli nikmat berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidk pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia. Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang; Kamu cukup dengan itu tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan itu untuk syurga sedang kau jadikan untuk tandas, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.

Ibrahim bin Adham ketika akan masuk ke tempat pemandian, dilarang oleh penjaganya:

Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya, maka ia menangis dan berdoa: Ya Allah

seorang untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa upah, maka bagaimana

saya akan masuk ke tempat para nabi dan siddiqin tanpa upah (Cuma-Cuma)?

Tersebut dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: Hai Anak Adam

kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mahu membeli syurga dengan

harga murah, ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan,

tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat.

Abu Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka. Padahal kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran.

Yahya bainMu'adz Arrazi berkata: Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka neraka berdoa: Ya Allah hindarkan ia dari neraka.

Semoga Allah menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami ke dalam syurga. Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini. Jawab Tuhan: Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu. Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan: Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya: Apakah kau tidak minta? Jawabnya: Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah: Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.

Abdullah bin Mas'ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.

Dalam hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.

Firman Allah yang bermaksud:

Kami cipta mereka baru dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya untuk orang-orang ahli yamin (kanan)

Friday, December 17, 2010

Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi kita untuk sentiasa mengingati beliau, yang berupa selawat atau ayat Al-Quran yang dapat kita hadiahkan kepada Nabi kita itu pada setiap kali sembahyang atau setiap kali kita mengingatinya?

Apakah ada nas mengenainya?

Ada amalan menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW, setiap kali hendak berdoa, adakah ini ada dalam nas?



Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).

Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.

Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.

Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.


Dipetik dari website DUPP